Wednesday, May 30, 2012

Mungkin sifat mereka

Entri macam biskut pulak.hahaha.tapi versi biskot jacob,boleh?
Iye lah, sekejap ada, sekejap hilang, lepas tu ada balik.macam sekarang.hahaha..
Saja je dengan rasa malasnya tambah lagi bila weekend aku penuh undangan kahwin kawan-kawan.
Setiap minggu penuh dan padat je jadual.
Bila ada masa, aku boleh lah membebel sikit kat blog.
Al-maklum lah tegerak hati nak menulis pasal statement cik ina baru-baru ni.
Err.. yep, pasal lelaki.
Lelaki sebelum bercinta, semasa bercinta dan selepas kahwin.
Yang boleh aku highlight ialah sebelum bercinta dan selepas bercinta.
Sebabnya, aku sendiri pun belum berkahwin. Macam mana mahu share pengalaman sendiri.
Masa kami on the way balik dari kenduri ziera, tah macam mana keluar cerita pasal perangai kaum adam sebelum bercinta.
maksudnya di sini, perangai lelaki ni sebelum dapat jadikan seseorang perempuan yang diminati akan berbeza selepas perempuan tu diorang dah dapat jadikan girlfriend.
Aku tak pastilah, samaada semua lelaki yang berperangai dan pandai guna tactic macam tu, rasa tak adil pulak nak label semua padahal hanya segelintir saja.

Kebiasaannya lelaki sebelum bercinta, dia akan lebih caring terhadap perempuan.
Setiap masa nak sms/call gf tanya awak buat apa, dah makan belum, dah mandi belum, dah jumpa doctor belum, tadi mak masak ape. ah.. setiap benda lah dia nak tanya.
kalau pesen yang suka dating pulak kejap2 ajak jumpa.kejap kejap terindu. padahal kapel pun belum lagi.
-pesen macam ni kalau sebelum dapat setiap saat la die sms/call/wasep/bbm.
tp bila da jd gf, kadang2 ade je die active bbm tapi kemaen ignore je bbm Gf sendiri.kejam tak kejam.
kalau call tu bile perlu je, macam " awak, nnt tolong transfer duet seratus ringgit ke dua ribu ke kt acc saya hari ni"

Bila free sikit, tak ada kelas mesti nak ajak perempuan keluar makan lah, lepak lah.suka-suka hati je ajak perempuan keluar tanpa kebenaran ayah dia.Biasalah, sebelum bercinta bukan main lagi rindu menggunung. Sampai mintak kebenaran kat parents pun boleh terlupa.haish..

Ada jugak jenis sebelum bercinta suka tabur macam-macam.
'Macam-macam' tu contohnye, lelaki bagi teddy bear, esok pulak dia bagi bunga ros sejambak hah, esok nya lagi hadiahkan jam dinding. haish.. itu sebelum bercinta mungkin.
-yang aku nampak, lelaki akan hadiahkan perempuan bile hari jadi dia la kot. tapi kadang-kadang,birthday gf dia pun die tak ig\ngat. tapi gf kt FB die laju je die wish.
Sebelum dapat bercinta ngn perempuan idaman, macam-macam jugak lelaki tabur janji manis.
ala, macam tak biasa dengar.
"kalau saya kapel nnt, saya nk jumpa gf saya hari-hari, kalau xjumpa, saya boleh mati tau"
-lepasbercinta, nk jumpe seminggu sekali pun rasa payah sangat
" untung tau jadi gf saya, saya ni suka masak, lagi-lagi masak lemak cili padi"
-lepas bercinta, masak air pun tak pernah untuk gf die

Actually, bukan semua lelaki yang bersikap kejam macam ni.
Before dapat kemaen die buat itu ini, lepas dah capai ape yang dorg inginkan, gf tu die buat acuh xacuh je.
Entri macam ni pun bukan lah atas dasar pengalaman diri sendiri semata-mata, macam aku cakap,
aku dengar luahan orang sekeliling aku.

Sekian!

Arabella Didi


Saturday, May 5, 2012

Kesinambungan


Sekarang ada kesinambungan daripada cerita hari tu.
aku cerita macam menambah tanda tanya semua orang kn?
hahahha..
memang pun saja nk berahsia. bahahahha..
padahal pung pang pung pang cerita aritu.
ok ok..
kene remind kan pada semua,
tujuan post rumah atau apa apa la yg berkaitan bukan dengan niat mahu
menunjuk-nunjuk harta kemewahan di dunia.
oh please la, aku mmg sangat trauma dengan kata-kata orang di luar sana.
siapa? engkau lah! hahahahaha..
tak baik berdengki dengki ni. no..!no..! no...!
see, nak cerita pun dah jadi trauma..hahahha..
kali ni aku update gambar yang lebih dekat lagi mendalam..
sebenarnya show house pun belum 100% siap.
ini kan lagi rumah aku yang ke 97..hahhaha..
time birthday aku kot die nk launch.. kalau ikot schedule developer la.
so, korang boleh kire lah lagi 2 tahun baru siap.
dan mengikut plan aku, siap je rumah baru akan berkahwin.
eh, serious ke? hahhaha..
jodoh pertemuan semua tuhan tentukan..
kalau aku kene tunggu lagi 2 tahun ke, aku terima..
kalau tahun depan pun aku terima :)
kalau kahwin sebelum rumah siap, 
mmg kena buang duet sewa tempat lain je la jawabnya..
harga rumah macam mana?
mengikut kawasan ini, harga rumah ni boleh tahan mahal lah.
kecerukkan melampau boleh buat orang pikir 500 juta kali kalau nak beli.hahahha...
tapi kakak aku dah bg semangat sepenuhnya kat adik dia yang lost dalam bumi ni
insyaAllah, suatu hari nanti aku tak menyesal dengan pembelian hartanah ;)
mengikut harga pasaran, rumah ni berharga RM 310,000..
kalau korang rajin nk kira boleh la kira kan tetiap bukan aku bayar berapa.
masa tu korang boleh agak, aku terpaksa mengikat perut sampai la aku pencen.
hahahhaha...
kalau nak cari rumah macam ni kat bandar, 
memang kene telan air liur 500juta kali pun belum tentu ada lagi.
kalau dulu 2-3 tahun lepas, ada jugak lah rumah harga macam ni kat sekitar bandaraya.
tapi bila di survey, letak kepala bawah katil! memang tak ada.
kalau 2-3 tahun lepas beli rumah, aku kena makan pasir lah jawabnya..
Land area pulak cm mana? 20' x 70', Built-up:  1,695 Sq FT
cukup lah kot berdasarkan kemampuan.
kalau nak banglo boleh lah makan pasir, minum air laut..
itu pun kalau boleh lah.hahhaha...
apa pun aku tetap bersyukur cita-cita aku hendak memiliki rumah sendiri
pada umur yang muda tercapai akhirnya. Alhamdulillah..
itu salah satu dalam wish list aku.
Increment kali ni pun agak memberangsangkan.
Allah memberi lagi rezeki kepada hambanya..Alhamdulillah..
terima kasih ya Allah..
aku meletakkan satu nombor untuk increment kali ini, tapi Alhamdulillah,
yang di beri Nya, melebihi dari jangkaan.. bersyukur sangat!
dengan izinNya, cita-cita tu tercapai. double happy!
hopefully, aku mampulah nak membayar rumah ni, dan kereta lagi..
bila di tanya toq, dah tak ada saving ke lepas beli rumah?
er, cm mano nak kawen eh klo xdapat menyimpan?
relax,relax... aku dah plan baik punya..hahahha..
selama rumah ni under construction, aku hanya perlu membayar interest sahaja.
sampai aku dapat kunci selepas 2 tahun, baru aku kena bayar penuh.
kalau bayar interest biasa nya pada 6-12 bulan pertama,
adalah berjumlah RM 80-600.. adalah mengikut amount developer pump dari bank.
lepas 2 tahun tu baru aku nak pikir nak bayar macam mana..ahaha..
sekarang ni bayar interest sahaja. so, aku masih ada saving untuk wedding aku..
kalau asyik pikir nak simpan duit kahwin je sampai bila pun aku
tak berharta agaknya lah. heh..
kalau nak share bayar dengan hubby tu boleh, tapi jangan sesekali share name
pada harta tersebut, kalau name dia, letak name dia sorang.
kalau kau tamak gak, boleh suruh hubby bayar, tapi harta kau. pun boleh :p
kalau nak name kau, tapi bayar share pun boleh.
ikut lah kemampuan dan tolak ansur masing-masing.
pada aku, aku lebih selesa bila loan guna nama aku, harta nama aku.
bayar nanti boleh mintak future husband..hahhahaha...
sbb aku takut kalau kot-kot datang gatal hubby aku mintak cerai ke,
ada berbini lain ke, atleast aku ada rumah berteduh.
tak adalah aku merempat kat tepian gantang.
tak kan aku nak duduk dalam kereta kot.
sebab tu aku tak prefer beli kereta mahal-mahal..
macam mana duit down payment ye?
actually depends pada developer tu..
macam aku, tak payah nak fikir bayar down payment pun.
biasa nya kita bumiputera ni dapat discount 7-10%..
kalau kene tambah pun at least tambah 3% je..
boleh la amik duit simpanan korang tu dan tambah dengan duit kwsp account 2..
kenapa aku beli rumah sebelum berkahwin?
aku pun tak faham sebenarnya, tetiba kat office aku sangat teruja bila
semua asyik cerita pasal rumah. nak itu nak ini kat rumah diorang.
sangat eksaited makkk! 
kalau diorang cerita pasal nak kahwin, mungkin aku dah kahwin kot sekarang ni
hahaha.. tapi bila cerita pasal rumah, timbul rasa nak ada rumah sendiri
terpulang pada certain orang, mengejar bahagia sebelum memikirkan
hal bakal tiba, atau memikirkan hal yang bakal tiba, baru mengejar bahagia.
betul tau.. sebab aku rasa aku belum cukup bersedia nak kahwin
duit simpanan pun tak ada. tak kan nak susah kn mak bapak pulak.
mental pun belum ready nak jaga makan pakai suami.. ini serious..
makan pakai aku pun belum terjaga, lintang pukang,
macam mana la nak jaga laki. malu aku pada diri sendiri..
pasal masak? erm.. pun belum ready.
setakat masak sedap masuk perut sendiri tu lepas lah.
nak masak untuk laki? oh, mampukah aku?
so, aku rasa, aku tak mahu sebuk nak kejar-kejar kahwin ni.
aku tak mahu turut serta orang berlawan lawan siapa kahwin dulu, siapa cepat,
siapa lambat.. sebab aku mmg tak ready..
orang lain mungkin ready, tapi.. oh,bukan aku..
urmm...
sebenarnya, aku sangat beruntung sebab dapat banyak advice dari colleague 
dan kakak sendiri.. dorang banyak lah bantu pasal hal-hal rumah ni..
aku dapat info, aku fikir dan aku plan untuk future.
tapi, kita hanya merancang, tapi tuhan yang menentukan..
kalau Dia tidak izinkan, siapa lah aku mahu menolak ketentuan Nya.
harap info ini dapat memotivasikan semua orang-orang muda supaya
bertindak menggunakan akal, bukan nafsu..

sekian :)


2-storey terrace house
ni lah rumah contoh


dengan lebih dekat


Perlu ke?

mood sudah datang. haha.. cerita pasal mood datang macam cerita datang haid ke apa ni? haha
sebenarnya, aku baru settle kan 1 bakul besar longgokkan bajuan aku.
dan, masih pending 2 longgok kan. oh shit! kenapa perempuan perlu bajuan yang banyak?
eh, lelaki pun banyak bajuan kn?
contohnya adik lelaki aku, eh, satu-satunya adik aku lah sebenarnya.
setiap kali keluar holiday atau ke shopping mall, dia satu-satu nya ahli keluarga
yang akan memborong sekurang-kurangnya seekor baju,
mungkin adik aku kaya raya atau mungkin seekor lelaki yang menjaga sangat penampilan.
er, macam salah je. hahahaha..
sudah..sudah..
sebenarnya aku nak cerita pasal perlu ke kita memuji pasangan?
perlu sangat atau langsung tak perlu?
pada aku, perlu dan tak perlu.
well, lebih kepada sikap jujur dalam diri sendiri.
macam aku, memang aku tak suka nak bermuka -muka semata-mata nak jaga
perasaan si lelaki. ye, pasangan sendiri.
jujur tu perlu, tapi jangan lah menjadi lampi sangat.
orang tunjuk itu, kau angguk, aku selekoh kiri, kau pun mengekot,
dan kalau orang ke lubang tahi, perlu ke nk turut serta?
so, pada aku semua ini kene bergantung pada kemampuan masing-masing.
kalau perlu jujur, lakukan.
kalau tak perlu, pandai buat, pandai lah kau tanggung!
macam mana nak jujur dengan pasangan?
er, aku tak reti dan perlu ke nak di ajar untuk semua tu?
macam aku sendiri, kalau aku rasa selekeh 1 masa tu,
aku pantang kalau lelaki tetap cakap,
"awak cantik, macam mana pun awak sangat cantik!"
oh damn!
perlu ke puji pasangan kau begitu?walhal muka dia, dressup dia macam bibik kt rumah.
ye, walau sederet model dewi remaja kau letak kat depan bf kau, 
dia tetap rasa kau juga yang paling cantik.
memang lelaki patut ada niat macam tu, tapi kalau menipu si gadis semata-mata untuk
menjaga hati dia, oh no! sangat tidak perlu.
apa yang aku suka practise, 
kalau kau kentut busuk dalam kereta?cepat sungguh aku sound, 
-"kentut kau busuk la!"
kalau gigi kau ada cili?
-"cili kat gigi kau tu kaut buang lah!"
kalau warna baju kau tak sejajar dengan kulit?
-"kaler baju kau macam keling lah!"
kalau rambut kau serabai?
-"agak-agak kalau kau lalu tepi orang gila, aku tak tahu nk beza kan orang sihat ngan orang sewel"
susah ke mahu jujur?
kalau kita asyik mahu menipu pasangan, sampai bila pun dia akan ingat dia lah wanita paling
the bomb kt muka bumi ni, walhal dia sudah persis makcik indon kerja kt rumah korang.
tak salah kita memuji, ye, kalau dia nampak cantik harini, apa salahnya berikan pujian.
dia berhak di puji. penat dia habiskan 5 jam depan cermin semata-mata mahu kelihatan
cantik ala model demi korang kn?
sekurang-kurangnya, dia akan rasa di hargai.
kalau korang ada idea bernas atau komen, bagitahu je lah.
bukannya susah sangat pun. ye tak?


conclusion nye,kau berikan pujian untuk si dia, bila dia layak untuk itu,
kau komen sebaiknya, jika dia kelihatan janggal di mata kau






sekian!

Friday, May 4, 2012

Berkelah kelah

Masa cuti buruh sp la rela nk kene pergi keje ye tak? Lain la company bg triple ke ade gak faedahnye..
So ktorg rase cm nk mandi sungai siap bakar bakar pe yg ptt..
Jln jln arabella mesti la mimi ikot. Die mmg suke sebok cm bese la kn dan kali ini sapri pn join jugakkk.. Heee..
Ktorang p tempat aritu yg pegi denagn dida, riverside janda baik..
Name pn cuti buruh, mesti le ramai benau lepas tu plan pn last minute kn..
Mmg xde pondok kosong la jwbnye..
Tepaksa la kitorang melepak di trpian gantang, eh ye ke...
Hahahha.... Lepas bermandi manda siap bbq,
Ktorg sambong makan lagi la.. Makan di intai-intai.. Walaupun aku ngn mimi sesat barat, tempat tu ttp best n food pon sedap..
Penat la nk bebel lagi..

Sekian

Wednesday, May 2, 2012

Initial

Fuhh... susah nya nak start menulis blog. makin di tinggalkan, 
makin hilang rasa berblog.
memang macam tu ye? perubahan zaman buat diri jauh dan jauh dari blog.
kalau dulu, setiap jam nk update, tapi bila umur makin meningkat,
rasa tu macam menghilang... hadoi..
macam banyak sangat komitmen diri, padahal kawin idak lagi, 
beranak belom pn tp busy dia kemaen lagi.
apa yang aku dapat lihat, mood tu datang menerjun bila perasaan jiwa kacau atau putus cinta.
masa-masa emas macam tu lah, idea sederas air terjun hah.
terus terang, sesungguhnya bila kita dalam keadaan sedih, 
kita rasa kita perlu luahkan sesuatu, mungkin tak semua orang boleh mendengar dengan baik, 
mungkin masing masing ada masalah sendiri.
siapa kita mahu membebani orang lain dan di bebani oleh orang lain?
kita bercerita kepada orang tapi mereka hanya menerima tetapi kalau kita sendiri tak mengawal dan mengatasi masalah sendiri, jangan kata kawan office, 
kawan baik pun belum tentu sanggup tadah telinga mendengar.
mungkin meluah di blog adalah alternatif terbaik macam kita ade facebook atau twitter.
dunia maya dah sangat ke depan.
kita guna(sign up), kita ambil (add friends), dan kita serap (comments).
kalau salah langkah, mungkin dunia maya adalah mimpi buruk kita.
menggunakan blog untuk meluah bukan satu dosa.
tp kalau dah kita gunakan ianya untuk benda-benda ke arah negatif, 
lu pikir la sendiri.
bila waktu bahagia macam ni, aku lebih suka menikmati.
menikmati tiap detik masa yang ada.
masa-masa dengan orang yang hargai kita adalah lebih baik dari masa-masa kita mengejar orang yang mengabaikan kita.
mungkin hati terlalu keras, oh, lupa, 
dulu sangat lembut sampai sanggup biar hati terabai,
tapi kalau di kira waktu sekarang, boleh di kira tough jugak lah :p
"kau abai, aku tinggalkan noktah"
sebab kalau kita mencari, mengejar dan merayu, semua untuk apa?
kalau hati memang seperti kaca, boleh ke kita ubah jadi seperti asal?
perasaan bukan boleh di kawal, tapi gunakan akal dari Ya tuhan.
Dia menganugerahkan untuk kita.
kita gunakan sebaik-baiknya, menjaga dan memelihara.
sebab akal tiada pada binatang, hanya manusia yang layak.
jadi, jangan di tanya, jika hati dipermainkan, apa yang perlu kita lakukan.
berserah? sudah cuba lakukan sesuatu? masih gagal? sudah sudah lah, 
dia akan datang jika dia jodoh kita.
aku anggap putus cinta adalah perkara paling perit yang akan di lalui semua orang.
sudah, jangan lah campur aduk kan hal-hal lain.kita cerita pasal perasaan ye.
aku juga pernah alami kekecewaan cinta.
tak apa lah, bila kita mengejar, dia makin jauh, tapi dia masih berjanji, 
aku berdoa mohon petunjuk, lepaskan jika dia bukan jodoh aku, dan berlaku betul, 
hati aku melepaskan dia.
muncul perasaan yang lain, dan perasaan yang bahagia itu untuk yang lain.
ye,bukan senang melepaskan, tapi tuhan maha adil, 
tak mungkin aku akan terus didera oleh perasaan, 
Dia memberi kebahagiaan yang lain, sebab orang lain lagi layak untuk memberikannya.
jika kita percaya pada diri sendiri, cinta itu akan datang,
 sebab semua pun layak merasa bahagia.
so, bila dah putus cinta, jangan sesekali kita down 
atau timbul perasaan jahat membalas-balas. 
kita redha, melepaskan, dan meneruskan. itu sebaik-baiknya.


Sekian


Nama saya Adi 
MAY 2012