Monday, August 29, 2011

Ucap Hari Raya sangat indah!







Salam Aidilfitri semua!


Kurang sehari, InsyaAllah umat Islam di Malaysia akan meraikan hari raya aidilfitri setelah sebulan kita semua berpuasa. Rasa masa cepat sangat berlalu. Semalam macam baru start my first Ramadhan. Iftar bersama keluarga dan rakan-rakan. Esok dah pun berhari raya. Alhamdulillah.
Di kesempatan ini, aku nak ucapkan salam lebaran kepada family dan rakan-rakan. Tahun ni aku sempat pos kad raya kepada bestfriends dan boyfriend sahaja. Mana yang belum dapat, lepas raya nanti abang pos akan hantar la ye. Apa-apa hal, aku meyusun jari mohon kemaafan zahir dan batin kepada korang atas apa apa salah silap yang aku buat. Mudah-mudahan korang tak simpan dalam hati. Kadang-kadang corak dan isi penulisan aku dalam blog mungkin cukup untuk mengguris hati semua. Maaf sekali lagi. Sedar atau tidak, manusia tidak pernah lari dari membuat kesilapan. Salah silap korang tak pernah aku simpan dalam hati. kira 0-0 la ye kawan!
Mudah-mudahan raya kali ini lebih bermakna kepada semua. InsyaAllah.
Korang misti dah berpusu-pusu balik kampung kan? So, drive carefully, jangan jadikan pemanduan hari ini ialah yang terakhir buat anda.


Salam lebaran dari Didi in the house!


Sekian!

No comments: