Saturday, May 5, 2012

Kesinambungan


Sekarang ada kesinambungan daripada cerita hari tu.
aku cerita macam menambah tanda tanya semua orang kn?
hahahha..
memang pun saja nk berahsia. bahahahha..
padahal pung pang pung pang cerita aritu.
ok ok..
kene remind kan pada semua,
tujuan post rumah atau apa apa la yg berkaitan bukan dengan niat mahu
menunjuk-nunjuk harta kemewahan di dunia.
oh please la, aku mmg sangat trauma dengan kata-kata orang di luar sana.
siapa? engkau lah! hahahahaha..
tak baik berdengki dengki ni. no..!no..! no...!
see, nak cerita pun dah jadi trauma..hahahha..
kali ni aku update gambar yang lebih dekat lagi mendalam..
sebenarnya show house pun belum 100% siap.
ini kan lagi rumah aku yang ke 97..hahhaha..
time birthday aku kot die nk launch.. kalau ikot schedule developer la.
so, korang boleh kire lah lagi 2 tahun baru siap.
dan mengikut plan aku, siap je rumah baru akan berkahwin.
eh, serious ke? hahhaha..
jodoh pertemuan semua tuhan tentukan..
kalau aku kene tunggu lagi 2 tahun ke, aku terima..
kalau tahun depan pun aku terima :)
kalau kahwin sebelum rumah siap, 
mmg kena buang duet sewa tempat lain je la jawabnya..
harga rumah macam mana?
mengikut kawasan ini, harga rumah ni boleh tahan mahal lah.
kecerukkan melampau boleh buat orang pikir 500 juta kali kalau nak beli.hahahha...
tapi kakak aku dah bg semangat sepenuhnya kat adik dia yang lost dalam bumi ni
insyaAllah, suatu hari nanti aku tak menyesal dengan pembelian hartanah ;)
mengikut harga pasaran, rumah ni berharga RM 310,000..
kalau korang rajin nk kira boleh la kira kan tetiap bukan aku bayar berapa.
masa tu korang boleh agak, aku terpaksa mengikat perut sampai la aku pencen.
hahahhaha...
kalau nak cari rumah macam ni kat bandar, 
memang kene telan air liur 500juta kali pun belum tentu ada lagi.
kalau dulu 2-3 tahun lepas, ada jugak lah rumah harga macam ni kat sekitar bandaraya.
tapi bila di survey, letak kepala bawah katil! memang tak ada.
kalau 2-3 tahun lepas beli rumah, aku kena makan pasir lah jawabnya..
Land area pulak cm mana? 20' x 70', Built-up:  1,695 Sq FT
cukup lah kot berdasarkan kemampuan.
kalau nak banglo boleh lah makan pasir, minum air laut..
itu pun kalau boleh lah.hahhaha...
apa pun aku tetap bersyukur cita-cita aku hendak memiliki rumah sendiri
pada umur yang muda tercapai akhirnya. Alhamdulillah..
itu salah satu dalam wish list aku.
Increment kali ni pun agak memberangsangkan.
Allah memberi lagi rezeki kepada hambanya..Alhamdulillah..
terima kasih ya Allah..
aku meletakkan satu nombor untuk increment kali ini, tapi Alhamdulillah,
yang di beri Nya, melebihi dari jangkaan.. bersyukur sangat!
dengan izinNya, cita-cita tu tercapai. double happy!
hopefully, aku mampulah nak membayar rumah ni, dan kereta lagi..
bila di tanya toq, dah tak ada saving ke lepas beli rumah?
er, cm mano nak kawen eh klo xdapat menyimpan?
relax,relax... aku dah plan baik punya..hahahha..
selama rumah ni under construction, aku hanya perlu membayar interest sahaja.
sampai aku dapat kunci selepas 2 tahun, baru aku kena bayar penuh.
kalau bayar interest biasa nya pada 6-12 bulan pertama,
adalah berjumlah RM 80-600.. adalah mengikut amount developer pump dari bank.
lepas 2 tahun tu baru aku nak pikir nak bayar macam mana..ahaha..
sekarang ni bayar interest sahaja. so, aku masih ada saving untuk wedding aku..
kalau asyik pikir nak simpan duit kahwin je sampai bila pun aku
tak berharta agaknya lah. heh..
kalau nak share bayar dengan hubby tu boleh, tapi jangan sesekali share name
pada harta tersebut, kalau name dia, letak name dia sorang.
kalau kau tamak gak, boleh suruh hubby bayar, tapi harta kau. pun boleh :p
kalau nak name kau, tapi bayar share pun boleh.
ikut lah kemampuan dan tolak ansur masing-masing.
pada aku, aku lebih selesa bila loan guna nama aku, harta nama aku.
bayar nanti boleh mintak future husband..hahhahaha...
sbb aku takut kalau kot-kot datang gatal hubby aku mintak cerai ke,
ada berbini lain ke, atleast aku ada rumah berteduh.
tak adalah aku merempat kat tepian gantang.
tak kan aku nak duduk dalam kereta kot.
sebab tu aku tak prefer beli kereta mahal-mahal..
macam mana duit down payment ye?
actually depends pada developer tu..
macam aku, tak payah nak fikir bayar down payment pun.
biasa nya kita bumiputera ni dapat discount 7-10%..
kalau kene tambah pun at least tambah 3% je..
boleh la amik duit simpanan korang tu dan tambah dengan duit kwsp account 2..
kenapa aku beli rumah sebelum berkahwin?
aku pun tak faham sebenarnya, tetiba kat office aku sangat teruja bila
semua asyik cerita pasal rumah. nak itu nak ini kat rumah diorang.
sangat eksaited makkk! 
kalau diorang cerita pasal nak kahwin, mungkin aku dah kahwin kot sekarang ni
hahaha.. tapi bila cerita pasal rumah, timbul rasa nak ada rumah sendiri
terpulang pada certain orang, mengejar bahagia sebelum memikirkan
hal bakal tiba, atau memikirkan hal yang bakal tiba, baru mengejar bahagia.
betul tau.. sebab aku rasa aku belum cukup bersedia nak kahwin
duit simpanan pun tak ada. tak kan nak susah kn mak bapak pulak.
mental pun belum ready nak jaga makan pakai suami.. ini serious..
makan pakai aku pun belum terjaga, lintang pukang,
macam mana la nak jaga laki. malu aku pada diri sendiri..
pasal masak? erm.. pun belum ready.
setakat masak sedap masuk perut sendiri tu lepas lah.
nak masak untuk laki? oh, mampukah aku?
so, aku rasa, aku tak mahu sebuk nak kejar-kejar kahwin ni.
aku tak mahu turut serta orang berlawan lawan siapa kahwin dulu, siapa cepat,
siapa lambat.. sebab aku mmg tak ready..
orang lain mungkin ready, tapi.. oh,bukan aku..
urmm...
sebenarnya, aku sangat beruntung sebab dapat banyak advice dari colleague 
dan kakak sendiri.. dorang banyak lah bantu pasal hal-hal rumah ni..
aku dapat info, aku fikir dan aku plan untuk future.
tapi, kita hanya merancang, tapi tuhan yang menentukan..
kalau Dia tidak izinkan, siapa lah aku mahu menolak ketentuan Nya.
harap info ini dapat memotivasikan semua orang-orang muda supaya
bertindak menggunakan akal, bukan nafsu..

sekian :)


2-storey terrace house
ni lah rumah contoh


dengan lebih dekat


4 comments:

icee-yah said...

Nice.betul tu,tak perlu buru buru kwin.kumpul harta takpe terburu buru.samelah pndpt kite:-)

SiKenit said...

Ye la.ade org suke nk kawin dulu.
Kite yg xnk kawin awl ni kne la buat investmnt laen dulu..hehehehehehe...
;)

Yaya Ayarus said...

. .cik Deal! beli rumah kat mana? area mana? share sikit =)

Yaya Ayarus said...

cik deal, beli rumah kat mana? area manaaaa? share cikit =) (yaya)