Sunday, May 22, 2011

Movie Update - Nur Kasih The Movie






Synopsis : Nur Kasih the movie adalah kesinambungan daripada drama bersiri nur kasih yang di siarkan di tv 3.Adam telah berjaya mendapatkan kembali cinta dari Nur Amina. Dalam filem ini Alia telah meninggal dunia akibat kemalangan di hadapan rumah mereka. Aidil terpaksa menjalani kehidupannya sebagai seorang bapa tunggal kepada dua cahaya mata iaitu Ilyas dan Maryam. Lokasi pengambaran filem ini ialah di Malaysia dan Jordan. Semasa di Malaysia, Adam dan Nur membuat kebajikan dengan mengajar ilmu agama Islam kepada sekumpulan anak muda yang mempunyai masalah. Adam dan Nur mendekati mereka tanpa mendikriminasi mana-mana pihak. Kehidupan mereka semakin bermakna apabila Nur di dapati mengandung. Tp ujian Allah terpaksa mereka hadapi apabila Nur keguguran. Selepas itu, mereka ke Jordan. Pelbagai rintangan terpaksa dihadapi antaranya ialah kemalangan keretapi, kehilangan Adam dan penyakit yang selama ini Adam rahsiakan. Adam menanti detik kematiannya di samping Nur dan keluarganya. Tetapi siapa kita untuk meneka takdir Allah, Adam berjaya di selamatkan. Adam dan Nur terus diulit bahagia apabila Nur mengandung dan melahirkan bayi lelaki. Mereka berjaya bersama selamanya. Hanya ajal yang mampu memisahkan Adam dan Nur.




Movie Review : Cerita cinta melayu paling menarik. Jalan cerita Nur Kasih memang best. Siapa yang tak pernah tengok drama bersiri Nur Kasih kan? so, macam itu juga lah penceritaannya. Slow tp tak membosankan. Setiap scene tu penuh meaning. Banyak pengajaran yang boleh kita belajar dari filem ini. Kisah Adam dan Nur memang mencabar kalau aku jadi Nur. Tp kesabaran Nur buat aku kagum.Walaupun hanyalah filem, tp kesedihan dan kekuatan filem memang dapat dirasakan. Mutu graphic filem juga cantik, tambahan pemandangan dan angle camera juga buat aku kagum. Sepangjang cerita, aku tak sempat menangis, tp kalau tonton seorang maybe boleh jatuh juga air mata. Part paling sedih ialah, bila jamal mati dipukul. Jamal mendermakan organ nya kepada Adam. Jamal tu ialah student Adam yag dulunya kerek, tp berubah sedikit demi sedikit.


Conclusion: Cerita cinta paling indah dan sedih.


5 star





2 comments:

anak enchekk shariff said...

cite nih mmg sedih..tp ak pown xsempat nk nanges...cover2 sket..hahaha..pdhal kat seat dpn ak ade laki pown nanges..hehehe~

anak enchekk shariff said...

yup..cerite nih mmg sedih...hehe~